Showing posts with label Peruncitan. Show all posts
Showing posts with label Peruncitan. Show all posts

Wednesday, September 2, 2020

Rengit Bersedia Untuk Mall?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Rengit hanya terdapat beberapa buah pasaraya sahaja seperti Eng Hiap Seng, Pasaraya Selesa, 99Speedmart (Taman Pandan Jaya 1 & Jambi), Ino (Sungai Dulang) & Ito Maju (Perpat).

Pasaraya terbesar di Rengit ialah Pasaraya Eng Hiap Seng dan terletak di pusat bandar Rengit. Pasaraya Eng Hiap Seng mula beroperasi pada tahun 1999 dan usia pasaraya itu sudah lebih 20 tahun.

Melihat populasi Rengit yang semakin meningkat dan bahkan jua kuasa beli yang semakin meningkat... bahkan bilangan pasaraya juga sudah semakin meningkat untuk kawasan Daerah Kecil Rengit... ditambah pula pasaraya pertama dan terbesar di Rengit sudah berusia lebih 20 tahun... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Bandar Rengit ini mempunyai mall pertama di bandar dan daerah kecil ini agar warga Rengit dan sehampiran dengannya seperti Benut & Senggarang tidak perlu pergi ke mall-mall di bandar Batu Pahat (Penggaram), bandar Pontian (Pontian Kechil), bandar Kluang (Mengkibol), bandar Kulai, bandaraya Johor Bahru (Tanjung Puteri), bandar Skudai, bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar), bandaraya Pasir Gudang, bandar Simpang Renggam, bandar Parit Raja, bandar Yong Peng dan sebagainya untuk keluar membeli-belah atau sekadar bersiar di mall seorang diri, bersama keluarga atau kawan-kawan.

Pada ketika blogpost ini ditaip... pengarang blog ada terdengar khabar angin bahawa pasar hyper (hypermarket) Econsave akan membuka cawangan mereka di Rengit di kawasan perniagaan baru berhampiran Wisma Pengakap Rengit / SMK Tun Sardon.

Pasar hyper (hypermarket) Econsave bukanlah sesuatu tempat runcit yang boleh dianggap mall yang sebenarnya tapi sebagai uji pasaran (test market)... ia boleh dianggap suatu percubaan untuk melihat sejauh mana Rengit bersedia untuk mall yang sebenar.

Untuk kawasan Rengit... mall tidak perlu sebesar mall-mall yang ada di Batu Pahat (The Summit, Wira Court, Square One & Batu Pahat Mall). Pengarang blog ini pernah mengunjungi sebuah mall di bandar Pontian Kechil iaitu Plaza Pontian. Pada pandangan pengarang blog ini... kawasan Rengit boleh mempunyai saiz mall seperti itu atau sekadar 70% - 80% daripada saiz mall Plaza Pontian.

Walaupun saiz mall itu kecil tapi masih boleh ada perkhidmatan dan jenama penting seperti restoran makanan segera, pusat hiburan keluarga (karaoke keluarga, pawagam, arked mainan dan sebagainya), butik busana dan lain-lain lagi.

Apakah Rengit bersedia untuk mall?...

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya Eng Hiap Seng (EHS) Rengit?...



Daerah kecil Rengit tidak mempunyai mall sepertimana di bandar Batu Pahat (Penggaram) tetapi terdapat beberapa pasaraya yang beroperasi di Rengit untuk warga daerah kecil Rengit berbelanja.

Antara pasaraya tersebut ialah pasaraya Eng Hiap Seng yang terletak di tengah pusat bandar Rengit.
Tidak seperti pasaraya runcit lain di dalam kawasan daerah kecil Rengit... pasaraya ini tidak hanya sekadar menjual barang keperluan harian berasaskan makanan & minuman (foods & beverages, F&B) tetapi juga ada menjual pakaian, kasut, mainan, alat tulis, barangan cenderhati dan sebagainya.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... pasaraya ini merupakan pasaraya terbesar di dalam daerah kecil Rengit.

Pasaraya ini mula beroperasi pada tahun 1999 dan pada ketika blogpost ini sedang ditaip... usia pasaraya ini sudah melebihi 20 tahun.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya SAKAN Rengit?...



Tidak seperti pasaraya lain di dalam kawasan daerah kecil Rengit... pasaraya Sakan tidak menjual barang keperluan harian seperti beras, ayam, sayuran, buah-buahan dan sekaitan dengannya.

Pasaraya Sakan boleh diibaratkan seperti "Departmental Store" yang menjual sesuatu yang diluar kaitan "Makanan & Minuman (Foods & Beverages, F&B)" seperti pakaian, tikar, jug, cawan dan lain-lain yang sekaitan dengannya.

Pasaraya Sakan terletak di tengah pusat bandar Rengit... berhampiran dengan pasaraya runcit Eng Hiap Seng dan juga terletak berhampiran dengan Homestay Cafe Sarang Tempua.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya SELESA Rengit?...



Selain pasaraya Eng Hiap Seng... pasaraya runcit yang terdapat di tengah pusat bandar Rengit ialah Pasarneka Selesa.

Pasaraya runcit ini terletak berhampiran jalan besar Rengit dan berhampiran dengan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven dan juga kedai Mr. DIY.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya INNO Rengit?...



Terdapat beberapa pasaraya runcit di dalam daerah kecil Rengit... antaranya pasaraya runcit Inno yang terletak di Taman Rengit Indah, Sungai Dulang.

Pasaraya runcit ini menjadi pilihan warga Sungai Dulang dan kawasan sehampiran dengannya untuk berbelanja barang keperluan harian kerana dekat dan lengkap.

Pasaraya ini juga terletak bersebalahan dengan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Rengit.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tuesday, September 1, 2020

Mahukah Pemaju SKF Membina Plaza SKF Di Rengit?...











Bagi segelintir warga Rengit... mereka mungkin mengenali syarikat SKF. SKF merupakan syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Banyak juga kawasan perumahan di Rengit dibina oleh syarikat terbabit.

Seperti mana syarikat pemaju hartanah BCB yang dikenali dan berpengkalan di Kluang telah banyak membina kawasan-kawasan perumahan di bandar Kluang (Mengkibol) dan seterusnya membina Plaza BCB di tengah pusat bandar Kluang (Mengkibol)... pengarang blog ini berpendapat bahawa pihak syarikat pemaju hartanah SKF wajar mempertimbangkan untuk membina sebuah mall kecil seperti saiz Plaza Pontian atau 70% ke 80% daripada saiz asal Plaza Pontian.

Mall itu boleh dinamakan sebagai Plaza SKF Rengit atau mungkin jua dikenali sebagai SKF Mall Rengit. Walaupun saiz mall itu mungkin kecil sedikit berbanding kebanyakkan mall yang ada di Malaysia... akan tetapi... masih boleh terdapat kedai-kedai, jenama-jenama, perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian boleh diadakan di mall tersebut seperti restoran makanan segera, butik busana, pusat karaoke keluarga, arked mainan, pawagam dan lain-lain lagi.

Pada pandangan pengarang blog ini... Rengit berpotensi untuk ada mall suatu hari nanti pada masa akan datang. Ini kerana bandar Batu Pahat (Penggaram) sudah mempunyai 3 mall iaitu The Summit, Square One dan Batu Pahat Mall (BP Mall).

Sebagai bandar urbanisasi ekonomi utama dan juga pentadbiran daerah Batu Pahat... bandar Batu Pahat (Penggaram) sudah mempunyai 3 mall. Antara bandar-bandar penting yang terletak di dalam daerah ini ialah Yong Peng, Parit Raja & Rengit. 3 bandar ini berpotensi untuk ada sebuah mall memandangkan bandar Batu Pahat (Penggaram) sudah mempunyai 3 mall dan bilangannya dijangka meningkat di masa akan datang.

Oleh yang demikian... pada pandangan pengarang blog ini... Rengit berpotensi untuk mempunyai sebuah mall kecil dan apa yang pengarang blog ini dapat lihat ialah syarikat pemaju hartanah SKF berpotensi untuk membina dan mengoperasikan mall kecil tersebut di Rengit.

Moga perkara ini menjadi nyata suatu masa nanti pada masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Kehadiran Pasaraya Target Di Rengit Boleh Memecahkan Monopoli Pasaraya Eng Hiap Seng?...




Pasaraya Target merupakan pasaraya runcit yang berpengkalan di Simpang Renggam, Kluang, Johor. Antara beberapa cawangan pasaraya Target yang pengarang blog ini ketahui selain Simpang Renggam ialah Benut, Ayer Hitam, Parit Raja & bandar Batu Pahat (Penggaram).

Apa yang menarik perhatian pengarang blog ini tentang kelebihan pasaraya Target berbanding pasaraya Eng Hiap Seng ialah pelanggan boleh memilih untuk bayar menggunakan kad kredit/debit. Bagi sesetangah atau mungkin jua ramai pelanggan beranggapan ini akan memudahkan urusan membeli-belah mereka kerana mereka tidak perlu beratur ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang mereka untuk tujuan membeli-belah di pasaraya.

Pada pandangan pengarang blog ini... sekiranya pasaraya Target bertapak di Rengit... ini akan memberi saingan sengit kepada pasaraya Eng Hiap Seng walaupun pesaing kepada pasaraya Eng Hiap Seng di Rengit sudah ada seperti 99Speedmart, pasaraya Selesa, pasaraya Ino, &pasaraya Ito Maju.

Pengarang blog ini percaya dan yakin bahawa kehadiran pasaraya Target di Rengit boleh memecahkan monopoli pasaraya Eng Hiap Seng.

Moga perkara ini menjadi nyata di suatu masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Monday, August 31, 2020

Pasaraya Hyper Econsave Bakal Bertapak Di Rengit?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... pasaraya yang paling besar yang terdapat di Rengit hanyalah pasaraya Eng Hiap Seng. Setakat blogpost ini sedang ditaip... masih belum ada mall bertapak di bandar Rengit.

Namun apa yang menariknya ketika ini... ada khabar angin yang mengatakan bahawa pasar hyper (hypermarket) Econsave akan bertapak dan dibina di kawasan perniagaan baru yang dalam sedang menuju ke arah proses pembinaan berhampiran Wisma Pengakap Rengit dan SMK Tun Sardon.

Namun begitu... khabar angin ini hanyalah sekadar khabar angin kerana tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Econsave sendiri.

Apa pun... pengarang blog ini mengalu-alukan kedatangan Econsave untuk bertapak di Rengit.

Moga ia menjadi kenyataan di masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Pasaraya Ninso & Eco Di Rengit?...






Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... bandar-bandar di daerah ini yang bertapaknya pasaraya Ninso ialah bandar Batu Pahat (Penggaram) dan Parit Raja. Pengarang blog masih belum pasti apakah Yong Peng sudah bertapaknya pasaraya Ninso atau sebaliknya tapi yang pastinya Rengit masih belum ada pasaraya Ninso.

Manakala pasaraya Eco pula hanya bertapak di bandar Batu Pahat (Penggaam) sahaja.

Pada pandangan pengarang blog ini... Rengit berpotensi untuk bertapaknya pasaraya Ninso dan pasaraya Eco.

Pengarang blog ini gemar jua berbelanja di dua pasaraya ini kerana harga barangan di dua pasaraya ini boleh dianggap menarik dan berdaya saing.

Moga bertapaknya pasaraya Ninso dan Eco di Rengit menjadi suatu kenyataan suatu hari nanti.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...