Showing posts with label Pawagam. Show all posts
Showing posts with label Pawagam. Show all posts

Monday, August 31, 2020

Rengit Bersedia Untuk Pawagam (Panggung Wayang)?...




Di dalam daerah Batu Pahat... hanya bandar Batu Pahat (Penggaram) sahaja yang mempunyai panggung wayang (pawagam) untuk peminat-peminat filem warga daerah Batu Pahat menonton filem kesukaan mereka. Warga Rengit yang mahu menonton filem kesukaan mereka di pawagam... hendaklah mereka pergi ke pawagam di bandar Batu Pahat (Penggaram).

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... bandar Batu Pahat (Penggaram) mempunyai 2 syarikat operasi pawagam iaitu MBO Cinemas yang terletak di mall Square One dan satu lagi ialah Paragon Cinemas yang terletak di mall Batu Pahat Mall (lebih dikenali oleh warga tempatan daerah ini sebagai BP Mall).

Jika terdapat syarikat pengoperasi pawagam yang berminat untuk bertapak di bandar lain selain bandar Batu Pahat (Penggaram) di dalam daerah ini... bandar-bandar yang dilihat berpotensi pada pandangan pengarang blog ini ialah Yong Peng, Parit Raja & Rengit.

Pada era 70an dan 80an... Rengit mempunyai satu pawagam kecil yang terletak di Jalan Besar Rengit simpang masuk ke Jalan Jayadiri dan berhampiran dengan Sekolah Cina Chong Hwa. Namun... premis bangunan itu sudah menjadi kedai pakaian.

Mungkinkah suatu hari nanti Rengit kembali mempunyai pawagam untuk warga Rengit menonton filem kesukaan mereka tanpa perlu ke bandar Batu Pahat (Penggaram)?

Apakah Rengit bersedia untuk pawagam (panggung wayang)?...

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...