Showing posts with label Perindustrian. Show all posts
Showing posts with label Perindustrian. Show all posts

Tuesday, September 1, 2020

Kilang JK Wire & Pusat Perindustrian Rengit...




Pusat perindustrian utama bagi daerah Batu Pahat terletak di Sri Gading dan juga kawasan Banang. Walaupun daerah kecil Rengit ini lebih dikenali sebagai daerah pertanian dan daerah kelapa sawit... akan tetapi... daerah kecil Rengit juga mempunyai kawasan perindustriannya sendiri.

Kawasan perindustrian itu terletak di bahagian selatan daerah kecil Rengit bersempadan dengan daerah Pontian.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan perindustrian itu hanya mempunyai sebuah kilang sahaja dan kilang itu ialah JK Wire. Kilang ini mengeluarkan komponen-komponen elektronik. Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kilang ini sedang dalam fasa pengembangan/pembesaran dengan kompleks kilang yang baru sedang dalam pembinaan. Kilang baru yang dibina bukanlah mengantikan kilang sedia ada tetapi lebih kepada penambahan kilang dan kilang baru yang dibina  itu juga hanya seberang jalan sahaja di kawasan selatan daerah kecil Rengit bersempadan dengan daerah Pontian.

Apabila pembinaan kilang baru ini siap kelak... JK Wire akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan di daerah kecil Rengit dan bahkan kawasan sehampiran dengannya.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan & Kerajaan Tempatan negeri Johor yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Rengit... Yang Behormat (YB) Tuan Haji Ayub bin Tuan Haji Jamil pernah menyatakan bahawa beliau mahu menjadikan kawasan di selatan daerah kecil Rengit bersempadan dengan daerah Pontian sebagai Zon Perindustrian Rengit dan akan berusaha sedayanya membawa lebih banyak lagi syarikat perkilangan untuk melabur dan bertapak di zon perindustrian tersebut bagi merancakkan lagi ekonomi Rengit.

Sementara itu dan buat masa ini... JK Wire akan menjadi pemangkin kepada zon perindustrian tersebut.

p/s : jika kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat menyakinkan Apple Inc untuk melabur dan bertapak di Malaysia dengan membuka kilang mereka di negara ini... harapnya kilang Apple Inc itu dapat dibina di Zon Perindustrian Rengit... hehehe...

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...