Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Rengit hanya terdapat beberapa buah pasaraya sahaja seperti Eng Hiap Seng, Pasaraya Selesa, 99Speedmart (Taman Pandan Jaya 1 & Jambi), Ino (Sungai Dulang) & Ito Maju (Perpat).
Pasaraya terbesar di Rengit ialah Pasaraya Eng Hiap Seng dan terletak di pusat bandar Rengit. Pasaraya Eng Hiap Seng mula beroperasi pada tahun 1999 dan usia pasaraya itu sudah lebih 20 tahun.
Melihat populasi Rengit yang semakin meningkat dan bahkan jua kuasa beli yang semakin meningkat... bahkan bilangan pasaraya juga sudah semakin meningkat untuk kawasan Daerah Kecil Rengit... ditambah pula pasaraya pertama dan terbesar di Rengit sudah berusia lebih 20 tahun... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Bandar Rengit ini mempunyai mall pertama di bandar dan daerah kecil ini agar warga Rengit dan sehampiran dengannya seperti Benut & Senggarang tidak perlu pergi ke mall-mall di bandar Batu Pahat (Penggaram), bandar Pontian (Pontian Kechil), bandar Kluang (Mengkibol), bandar Kulai, bandaraya Johor Bahru (Tanjung Puteri), bandar Skudai, bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar), bandaraya Pasir Gudang, bandar Simpang Renggam, bandar Parit Raja, bandar Yong Peng dan sebagainya untuk keluar membeli-belah atau sekadar bersiar di mall seorang diri, bersama keluarga atau kawan-kawan.
Pada ketika blogpost ini ditaip... pengarang blog ada terdengar khabar angin bahawa pasar hyper (hypermarket) Econsave akan membuka cawangan mereka di Rengit di kawasan perniagaan baru berhampiran Wisma Pengakap Rengit / SMK Tun Sardon.
Pasar hyper (hypermarket) Econsave bukanlah sesuatu tempat runcit yang boleh dianggap mall yang sebenarnya tapi sebagai uji pasaran (test market)... ia boleh dianggap suatu percubaan untuk melihat sejauh mana Rengit bersedia untuk mall yang sebenar.
Untuk kawasan Rengit... mall tidak perlu sebesar mall-mall yang ada di Batu Pahat (The Summit, Wira Court, Square One & Batu Pahat Mall). Pengarang blog ini pernah mengunjungi sebuah mall di bandar Pontian Kechil iaitu Plaza Pontian. Pada pandangan pengarang blog ini... kawasan Rengit boleh mempunyai saiz mall seperti itu atau sekadar 70% - 80% daripada saiz mall Plaza Pontian.
Walaupun saiz mall itu kecil tapi masih boleh ada perkhidmatan dan jenama penting seperti restoran makanan segera, pusat hiburan keluarga (karaoke keluarga, pawagam, arked mainan dan sebagainya), butik busana dan lain-lain lagi.
Apakah Rengit bersedia untuk mall?...
#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI