Peta mengandungi senarai susunan geografi mukim - mukim & daerah - daerah di dalam negeri Johor.
Peta mengandungi senarai susunan geografi mukim - mukim di dalam daerah Batu Pahat.
Peta mengandungi senarai susunan geografi mukim - mukim di dalam daerah kecil Rengit.
Mukim 12 Sungai Kluang merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam daerah kecil Rengit dan juga daerah Batu Pahat.
Pusat urbanisasi utama mukim ini terletak di Rengit manakala pusat pentadbiran penghulu mukim pula terletak di Seri Merlong.
Mukim ini terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit dan kawasan Parlimen Batu Pahat yang mana diwakili oleh Yang Behormat (YB) Tuan Haji Ayub bin Tuan Haji Jamil (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN - Rengit) dan Yang Berhormat (YB) Datuk Rashid bin Hasnon (Ahli Parlimen Batu Pahat).
Yang Behormat (YB) Tuan Haji Ayub bin Tuan Haji Jamil pada saat blog ini sedang ditaip merupakan seorang Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor manakala Yang Berhormat (YB) Datuk Rashid bin Hasnon pula merupakan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.
Selain di bawah pentadbiran tanah Pejabat Daerah Batu Pahat dan juga Pejabat Daerah Kecil & Tanah (PTDK) Rengit... mukim ini juga terletak di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan dalam segi pungutan cukai pintu / harta dan yuran lesen perniagaan kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).
Berikut merupakan senarai kampung - kampung (kampung induk & kampung kecil) yang terletak di bawah pentadbiran Mukim 12 Sungai Kluang.
~ Kampung Belahan Tampok Laut.
~ Kampung Belahan Tampok.
~ Kampung Parit Tengah Seri Merlong.
~ Kampung Parit Tengah Seri Aman.
~ Kampung Parit Haji Siraj.
~ Kampung Sungai Merlong.
~ Kampung Seri Merlong.
~ Kampung Parit Wak Kawik.
~ Kampung Parit Haji Noor.
~ Kampung Sungai Bagan Laut.
~ Kampung Sungai Bagan.
~ Kampung Sungai Bagan Darat.
~ Kampung Parit Daeng Machening.
~ Kampung Sungai Jambi Laut.
~ Kampung Sungai Jambi.
~ Kampung Sungai Jambi Darat.
~ Kampung Sungai Kluang Laut.
~ Kampung Sungai Kluang Darat.
~ Kampung Parit Jalal.
~ Kampung Parit Latiff.
~ Kampung Kuala Sungai Rengit.
~ Kampung Parit Amat.
~ Kampung Parit Sarpan.
~ Kampung Parit No.1 Rengit.
~ Kampung Parit Masjid.
~ Kampung Parit Seri Borhan.
~ Kampung Parit Lapis Seri Borhan.
~ Kampung Parit Korea Selatan.
~ Bandar Rengit.
~ Kampung Rengit Laut.
~ Jayadiri.
~ Seri Ladang.
~ Kampung Parit Lapis.
~ Kampung Parit Tengah Seri Ladang.
~ Kampung Parit Besar.
~ Kampung Parit Gantung.
~ Kampung Parit Lapis Gantung.
~ Seri Aman.
Bandar Rengit mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding kawasan lain di mukim ini sejajar dengan peranannya sebagai pusat urbanisasi dan ekonomi utama di mukim ini. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga mendorong pertumbuhan populasi yang juga pesat. Pertumbuhan populasi yang pesat di Bandar Rengit mendorong ramai pemaju perumahan membina kawasan - kawasan perumahan di kawasan Bandar Rengit dan menyebabkan bilangan taman perumahan di sekitar Bandar Rengit juga semakin banyak. Walaupun kawasan Bandar Rengit kini mempunyai jumlah taman perumahan yang banyak dan bertambah... Bandar Rengit tetap dikira sebagai satu kawasan yang ditadbir oleh seorang Ketua Kampung. Walaupun Bandar Rengit ditadbir oleh seorang Ketua Kampung... terdapat juga beberapa kawasan taman perumahan di Bandar Rengit yang mempunyai persatuan penduduknya yang tersendiri dan diketuai oleh seorang Pengerusi Persatuan Penduduk.