Di dalam daerah Batu Pahat... Pantai Rekreasi Minyak Beku cukup sinonim bagi warga daerah ini bagi merehatkan diri, menghirup udara segar dan menikmati pemandangan laut Selat Melaka yang terbentang luas.
Di dalam daerah kecil Rengit pula... terdapat 2 pantai yang menjadi tempat mereka beriadah di kawasan pantai iaitu Pantai Punggor dan Pantai Perpat. Pantai Punggor lebih ramai dikunjungi oleh orang ramai warga tempatan daerah kecil Rengit kerana kemudahan tempat makan teratur disediakan.
Namun begitu... ini bukan bermakna Pantai Perpat tidak mempunyai daya tarikan. Pantai Perpat atau juga dikenali sebagai Pantai Raja Sehari pada ketika blogpost ini sedang ditaip semakin lama semakin ramai dikunjungi oleh orang ramai. Terdapat beberapa penjaja makanan dan minuman ringan yang berniaga di pantai ini pada waktu petang kerana pada waktu petang merupakan waktu yang paling ramai pengunjung di pantai ini walaupun bukan pada hari hujung minggu.
Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... sebuah tandas kecil sedang dibina berhampiran dengan kawasan pantai untuk kemudahan pengunjung. Terdapat juga sebuah warung makan kecil yang diperbuat daripada kayu papan untuk pengunjung makan minum sambil menikmati udara segar kawasan pantai.
Antara permasalahan yang dihadapi oleh pengunjung pantai ini ialah laluan masuk dari jalan besar ke pantai ini agak sempit dan tiada kemudahan tong sampah untuk pengunjung pantai membuang sampah agar kebersihan pantai terpelihara.
Pantai ini mempunyai potensi yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai salah satu pusat riadah keluarga utama di daerah kecil ini dan amat rugilah jika khazanah keindahan alam ini dipersiakan.
Pada pandangan pengarang blog ini... permasalahan yang dihadapi pengunjung pantai ini hendaklah diatasi segera agar kawasan pantai ini tidak menjadi kotor dan tidak menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk terhadap warga kampung berhampiran pantai ini.
Moga keindahan Pantai Raja Sehari Perpat terus terpelihara indah dan ceria buat kita semua.
#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI