Showing posts with label Daerah Kecil Rengit. Show all posts
Showing posts with label Daerah Kecil Rengit. Show all posts

Thursday, October 9, 2025

SKF Trade Center

 




🏙️ Batu Pahat ketika ini ada beberapa mall seperti 🛍️ Summit, 🏢 Square One & 🏬 BP Mall… 🤔mungkinkah boleh ada SKF Trade Center sebagai sekurang-kurangnya 1 mall di 🌴 Rengit?


____________________________________


🏙️ Batu Pahat currently has several malls such as 🛍️ Summit, 🏢 Square One & 🏬 BP Mall… 🤔 is it possible that there could be SKF Trade Center as at least 1 mall in 🌴 Rengit?


#RengitBangkit

#SKFTradeCenter

#BatuPahatLifestyle

#MallDiRengit

#JohorProgress


Blogspot

~ https://sungaikluang.blogspot.com/?m=0


Facebook

~ https://www.facebook.com/thisisrengit/


Friday, September 25, 2020

Ada Apa Dengan Pantai Raja Sehari, Perpat?...

 






Di dalam daerah Batu Pahat... Pantai Rekreasi Minyak Beku cukup sinonim bagi warga daerah ini bagi merehatkan diri, menghirup udara segar dan menikmati pemandangan laut Selat Melaka yang terbentang luas.

Di dalam daerah kecil Rengit pula... terdapat 2 pantai yang menjadi tempat mereka beriadah di kawasan pantai iaitu Pantai Punggor dan Pantai Perpat. Pantai Punggor lebih ramai dikunjungi oleh orang ramai warga tempatan daerah kecil Rengit kerana kemudahan tempat makan teratur disediakan.

Namun begitu... ini bukan bermakna Pantai Perpat tidak mempunyai daya tarikan. Pantai Perpat atau juga dikenali sebagai Pantai Raja Sehari pada ketika blogpost ini sedang ditaip semakin lama semakin ramai dikunjungi oleh orang ramai. Terdapat beberapa penjaja makanan dan minuman ringan yang berniaga di pantai ini pada waktu petang kerana pada waktu petang merupakan waktu yang paling ramai pengunjung di pantai ini walaupun bukan pada hari hujung minggu.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... sebuah tandas kecil sedang dibina berhampiran dengan kawasan pantai untuk kemudahan pengunjung. Terdapat juga sebuah warung makan kecil yang diperbuat daripada kayu papan untuk pengunjung makan minum sambil menikmati udara segar kawasan pantai.

Antara permasalahan yang dihadapi oleh pengunjung pantai ini ialah laluan masuk dari jalan besar ke pantai ini agak sempit dan tiada kemudahan tong sampah untuk pengunjung pantai membuang sampah agar kebersihan pantai terpelihara.

Pantai ini mempunyai potensi yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai salah satu pusat riadah keluarga utama di daerah kecil ini dan amat rugilah jika khazanah keindahan alam ini dipersiakan.

Pada pandangan pengarang blog ini... permasalahan yang dihadapi pengunjung pantai ini hendaklah diatasi segera agar kawasan pantai ini tidak menjadi kotor dan tidak menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk terhadap warga kampung berhampiran pantai ini.

Moga keindahan Pantai Raja Sehari Perpat terus terpelihara indah dan ceria buat kita semua.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Wednesday, September 2, 2020

Rengit Bersedia Untuk Mall?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Rengit hanya terdapat beberapa buah pasaraya sahaja seperti Eng Hiap Seng, Pasaraya Selesa, 99Speedmart (Taman Pandan Jaya 1 & Jambi), Ino (Sungai Dulang) & Ito Maju (Perpat).

Pasaraya terbesar di Rengit ialah Pasaraya Eng Hiap Seng dan terletak di pusat bandar Rengit. Pasaraya Eng Hiap Seng mula beroperasi pada tahun 1999 dan usia pasaraya itu sudah lebih 20 tahun.

Melihat populasi Rengit yang semakin meningkat dan bahkan jua kuasa beli yang semakin meningkat... bahkan bilangan pasaraya juga sudah semakin meningkat untuk kawasan Daerah Kecil Rengit... ditambah pula pasaraya pertama dan terbesar di Rengit sudah berusia lebih 20 tahun... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Bandar Rengit ini mempunyai mall pertama di bandar dan daerah kecil ini agar warga Rengit dan sehampiran dengannya seperti Benut & Senggarang tidak perlu pergi ke mall-mall di bandar Batu Pahat (Penggaram), bandar Pontian (Pontian Kechil), bandar Kluang (Mengkibol), bandar Kulai, bandaraya Johor Bahru (Tanjung Puteri), bandar Skudai, bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar), bandaraya Pasir Gudang, bandar Simpang Renggam, bandar Parit Raja, bandar Yong Peng dan sebagainya untuk keluar membeli-belah atau sekadar bersiar di mall seorang diri, bersama keluarga atau kawan-kawan.

Pada ketika blogpost ini ditaip... pengarang blog ada terdengar khabar angin bahawa pasar hyper (hypermarket) Econsave akan membuka cawangan mereka di Rengit di kawasan perniagaan baru berhampiran Wisma Pengakap Rengit / SMK Tun Sardon.

Pasar hyper (hypermarket) Econsave bukanlah sesuatu tempat runcit yang boleh dianggap mall yang sebenarnya tapi sebagai uji pasaran (test market)... ia boleh dianggap suatu percubaan untuk melihat sejauh mana Rengit bersedia untuk mall yang sebenar.

Untuk kawasan Rengit... mall tidak perlu sebesar mall-mall yang ada di Batu Pahat (The Summit, Wira Court, Square One & Batu Pahat Mall). Pengarang blog ini pernah mengunjungi sebuah mall di bandar Pontian Kechil iaitu Plaza Pontian. Pada pandangan pengarang blog ini... kawasan Rengit boleh mempunyai saiz mall seperti itu atau sekadar 70% - 80% daripada saiz mall Plaza Pontian.

Walaupun saiz mall itu kecil tapi masih boleh ada perkhidmatan dan jenama penting seperti restoran makanan segera, pusat hiburan keluarga (karaoke keluarga, pawagam, arked mainan dan sebagainya), butik busana dan lain-lain lagi.

Apakah Rengit bersedia untuk mall?...

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Pusat Pentadbiran Mukim & Penghulu Mukim 11 Sungai Punggur Di Kampung Perpat...



Mukim 11 Sungai Punggur merupakan mukim yang terletak di dalam daerah kecil Rengit dan juga daerah Batu Pahat. Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... mukim ini ditadbir oleh seorang penghulu mukim bernama ENCIK SHAISUDDIN BIN SABARI @ MAK SOM .

Pusat pentadbiran mukim dan penghulu Mukim 11 Sungai Punggur terletak di Kampung Perpat.

Di pejabat pusat pentadbiran mukim dan penghulu Mukim 11 Sungai Punggur inilah... warga mukim akan mendapatkan cop dan tandatangan berkaitan urusan dengan pentadbiran kerajaan di mukim ini.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Pusat Pentadbiran Mukim & Penghulu Mukim 12 Sungai Kluang Di Kampung Seri Merlong...



Mukim 12 Sungai Kluang merupakan mukim yang terletak di dalam daerah kecil Rengit dan juga daerah Batu Pahat. Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... mukim ini ditadbir oleh seorang penghulu mukim bernama ENCIK MOHD RADHI BIN JEMARI @ JAMHARI .

Pusat pentadbiran mukim dan penghulu Mukim 12 Sungai Kluang terletak di Kampung Seri Merlong.

Di pejabat pusat pentadbiran mukim dan penghulu Mukim 12 Sungai Kluang inilah... warga mukim akan mendapatkan cop dan tandatangan berkaitan urusan dengan pentadbiran kerajaan di mukim ini.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Bersediakah Rengit Untuk Stesen Radio RTM Sendiri?...




Ketika blogpost ini sedang ditaip... kebanyakkan radio tempatan milik kerajaan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) hanya di peringkat negeri sahaja.

Tidak seperti di negara jiran kita iaitu Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)... Malaysia tidak mempunyai stesen radio awam tempatan di peringkat daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Indonesia bukan sahaja mempunyai stesen televisyen awam di peringkat nasional tapi bahkan jua terdapat stesyen televisyen awam di setiap provinsi (wilayah) yang dikendalikan oleh Televisi Republik Indonesia (TVRI) manakala di peringkat kabupaten (daerah) / kota (bandar/bandaraya) pula terdapat stesen radio awam tempatan yang dikendalikan oleh Radio Republik Indonesia (RRI).

Dalam menpertingkatkan lagi usaha penyampaian wadah aspirasi serta dasar kerajaan kepada rakyat, menyampaikan maklumat berita tempatan kepada rakyat, memelihara/memupuk/mengembangkan lagi seni kebudayaan tempatan... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan stesyen televisyen awam tempatan  di setiap negeri dan stesyen radio awam tempatan di setiap daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dan oleh kerana itu jualah... pada pandangan pengarang blog ini... daerah kecil Rengit berpotensi untuk mempunyai stesen radio RTM sendiri suatu hari nanti pada masa akan datang.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Hospital Swasta... Pantai Medical Hospital Untuk Rengit Di Sunga Merlong... Sudah Tiba Masanya?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... bandar Batu Pahat (Penggaram) mempunyai 3 buah hospital swasta iaitu Hospital KPJ (Mutiara Gading), Hospital Pantai (Jalan Kluang) & Hospital Putra (Peserai).

Walaupun bandar Rengit tidak segah bandar Batu Pahat (Penggaram) dan daerah kecil ini hanya sekadar daerah kecil pertanian & perladangan kelapa sawit... ditambah pula daerah kecil ini bahkan tiada hospital daerah milik kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sering menjadi tempat untuk golongan rakyat marhean mendapatkan rawatan kesihatan... namun masih terdapat ruang potensi untuk Rengit mempunyai sebuah hospital swasta suatu hari nanti pada masa akan datang.

Ini adalah kerana kesedaran dan kemampuan rakyat Malaysia termasuk di kawasan luar bandar untuk mendapatkan dan memiliki polisi insurans untuk diri mereka, ahli keluarga mereka dan pekerja mereka semakin meningkat.

Oleh kerana bandar Batu Pahat (Penggaram) sudah mempunyai 3 buah hospital swasta... pada pandangan pengarang blog... tidaklah keterlaluan untuk pengarang blog ini nyatakan bahawa terdapat ruang potensi untuk ada sebuah hospital swasta yang akan memberi perkhidmatan kesihatan kepada sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik di kawasan selatan daerah Batu Pahat, utara daerah Pontian dan barat daya daerah Kluang.

Pada pandangan pengarang blog ini... jika ada syarikat hospital swasta yang mahu bertapak di Rengit ini... Pantai Medical Hospital merupakan pilihan yang terbaik untuk bertapak di daerah kecil ini. Lokasi yang paling sesuai jika ada hospital swasta yang mahu bertapak di daerah kecil ini ialah di kawasan Sungai Merlong.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Mr. D.I.Y. Rengit?...




Kedai Mr DIY cawangan Rengit dibuka pada tahun 2019. Kedai Mr DIY Cawangan Rengit ini terletak di jalan besar Rengit bertentangan dengan pasaraya runcit Pasarneka Selesa.

Kedai Mr DIY sinonim dengan penjualan perkakasan rumah seperti kepala paip, penutup mangkuk tandas, pencuci tandas, pencuci pinggan mangkuk, pewangi badan, pewangi kereta, jug, cawan dan lain-lain lagi yang sekaitan dengannya.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Perlukah "Showroom" Kereta Proton Di Rengit?...




Di bandar Batu Pahat (Penggaram)... terdapat pelbagai jenis pusat pameran (showroom) kereta seperti Proton, Perodua, Toyota, Honda, Mitsubishi, Nissan dan sebagainya.

Walaupun bandar Rengit ini hanyalah sebuah bandar yang kecil dan tidak segah bandar Batu Pahat (Penggaram)... pengarang blog ini melihat bandar Rengit masih mempunyai potensi dan ruang untuk mempunyai sekurangnya satu syarikat kereta bertapak dan membina pusat pamerannya (showroom) di sini.

Syarikat kereta yang pengarang blog ini maksudkan ialah Proton. Jenama kereta Proton merupakan sebuah syarikat kereta nasional kebanggan rakyat Malaysia walaupun hampir separuh sahamnya dimiliki oleh syarikat kereta dari China iaitu Geely.

Pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan KFC Rengit?...




Daerah kecil Rengit merupakan sebuah daerah kecil berasaskan pertanian dan perladangan kelapa sawit. Daerah kecil ini terletak di dalam daerah Batu Pahat. Tidak seperti bandar lain di dalam daerah Batu Pahat seperti bandar Batu Pahat (Penggaram), Yong Peng dan Parit Raja... bandar ini tidaklah begitu gah dengan banyaknya restoran makanan segera seperti McDonald's, Burger King, Pizza Hut, Domino's Pizza, Subway, A&W dan lain-lain lagi.

Di dalam daerah kecil ini... terdapat satu restoran makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan itu sudah dikira satu pencapaian pembangunan ekonomi yang boleh dibanggakan memandangkan seperti yang pengarang blog ini sebutkan tadi... daerah kecil ini merupakan sebuah daerah kecil pertanian dan perladangan kelapa sawit.

Restoran makanan segera ini terletak di tengah pusat bandar Rengit berhampiran simpang lampu trafik tengah pusat bandar Rengit. Restoran makanan segera ini juga terletak berhampiran dengan pasaraya runcit Pasarneka Selesa, pasaraya Eng Hiap Seng dan kedai Mr DIY.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Azhar Foods Rengit?...



Jika ditanya kepada warga daerah kecil Rengit... apakah mereka mengenali Azhar Foods? Majoriti mereka akan menjawab ya... mereka sangat mengenali Azhar Foods... sebuah syarikat perusahaan makanan berasaskan kerepek dan keropok. Malah Azhar Foods juga diiktiraf sebagi pusat ole-ole negeri Johor.

Pada musim perayaan seperti perayaan Aidilfitri... Azhar Foods akan dibanjiri dengan pelanggan yang baru pulang ke kampung halaman mereka di Rengit untuk membeli pelbagai kuih-muih untuk disajikan kepada tetamu yang melawat bagi mengeratkan tali keakraban Aidilfitri.

Azhar Foods juga sering menerima rombongan pelawat dari seluruh semenanjung Malaysia dan juga Singapura bagi mendapatkan kerepek, keropok, kuih-muih dan minuman yang dijual di sini sebelum mereka meneruskan rombongan mereka ke tempat lain.

Azhar Foods terletak di jalan besar Rengit bahagian Sri Bahrom. Jika anda dari arah selatan menuju ke arah utara... Azhar Foods ini terletak di sebelah kiri jalan dan sebaliknya jika anda dari arah utara menuju ke selatan... Azhar Foods ini terletak di sebelah kanan jalan.

Azhar Foods mempunyai cawangan kedai kecilnya di Johor Bahru. Cawangan kedai kecil tersebut terletak di Pusat Bandar Tampoi berhampiran dengan bank CIMB.

Jika anda merupakan penggemar kerepek, keropok dan pelbagai kuih-muih... tempat ini hendaklah diletakkan dalam kalendar kembara anda yang harus dikunjungi.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Denga 7-Eleven (7-E) Rengit?...




7-Eleven merupakan suatu jenama yang tidak asing lagi di dalam dunia industri peruncitan serbaneka global. 7-Eleven atau rakyat Malaysia secara majoritinya menyebut 7-E merupakan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... terdapat satu 7-Eleven yang beroperasi di tengah pusat bandar Rengit. Kedai serbaneka ini terletak berhampiran jalan besar Rengit dan juga berhampiran pasaraya runcit Pasarneka Selesa, kedai Mr DIY, restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), bank Agrobank dan juga di belakang bank Maybank Rengit.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... 7-Eleven cawangan Rengit ini sudah beroperasi beberapa tahun tetapi belum sampai usia 10 tahun.

Kewujudan kedai serbaneka 24 jam ini memudahkan warga daerah kecil Rengit yang bekerja pada shif malam dan yang selalu berada di luar rumah lewat malam untuk berbelanja pada lewat malam yang mana kebanyakkan kedai di Rengit sudah tutup ketika lewat malam.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya Eng Hiap Seng (EHS) Rengit?...



Daerah kecil Rengit tidak mempunyai mall sepertimana di bandar Batu Pahat (Penggaram) tetapi terdapat beberapa pasaraya yang beroperasi di Rengit untuk warga daerah kecil Rengit berbelanja.

Antara pasaraya tersebut ialah pasaraya Eng Hiap Seng yang terletak di tengah pusat bandar Rengit.
Tidak seperti pasaraya runcit lain di dalam kawasan daerah kecil Rengit... pasaraya ini tidak hanya sekadar menjual barang keperluan harian berasaskan makanan & minuman (foods & beverages, F&B) tetapi juga ada menjual pakaian, kasut, mainan, alat tulis, barangan cenderhati dan sebagainya.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... pasaraya ini merupakan pasaraya terbesar di dalam daerah kecil Rengit.

Pasaraya ini mula beroperasi pada tahun 1999 dan pada ketika blogpost ini sedang ditaip... usia pasaraya ini sudah melebihi 20 tahun.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya SAKAN Rengit?...



Tidak seperti pasaraya lain di dalam kawasan daerah kecil Rengit... pasaraya Sakan tidak menjual barang keperluan harian seperti beras, ayam, sayuran, buah-buahan dan sekaitan dengannya.

Pasaraya Sakan boleh diibaratkan seperti "Departmental Store" yang menjual sesuatu yang diluar kaitan "Makanan & Minuman (Foods & Beverages, F&B)" seperti pakaian, tikar, jug, cawan dan lain-lain yang sekaitan dengannya.

Pasaraya Sakan terletak di tengah pusat bandar Rengit... berhampiran dengan pasaraya runcit Eng Hiap Seng dan juga terletak berhampiran dengan Homestay Cafe Sarang Tempua.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya SELESA Rengit?...



Selain pasaraya Eng Hiap Seng... pasaraya runcit yang terdapat di tengah pusat bandar Rengit ialah Pasarneka Selesa.

Pasaraya runcit ini terletak berhampiran jalan besar Rengit dan berhampiran dengan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven dan juga kedai Mr. DIY.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pasaraya INNO Rengit?...



Terdapat beberapa pasaraya runcit di dalam daerah kecil Rengit... antaranya pasaraya runcit Inno yang terletak di Taman Rengit Indah, Sungai Dulang.

Pasaraya runcit ini menjadi pilihan warga Sungai Dulang dan kawasan sehampiran dengannya untuk berbelanja barang keperluan harian kerana dekat dan lengkap.

Pasaraya ini juga terletak bersebalahan dengan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Rengit.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Homestay Tok Abah?...



Kawasan daerah kecil Rengit tidak mempunyai perkhidmatan penginapan hotel bajet apatah lagi perkhidmatan hotel berbintang... namun begitu... terdapat beberapa homestay di kawasan daerah kecil Rengit yang boleh dijadikan tempat penginapan sekiranya anda berhasrat untuk menginap di Rengit.

Antara homestay yang terdapat di Rengit ialah Homestay Tok Abah yang terletak di Kampung Sungai Dulang, Rengit.

Homestay ini juga mempunyai kolam renang... pastinya penggemar kolam renang terutama sekali kanak-kanak akan menyukainya bahkan anda yang dewasa pun menggemarinya. Jika anda bekeluarga... homestay ini merupakan pilihan terbaik untuk anda jika berhasrat untuk menginap di Rengit.

Homestay ini juga menyediakan pembakar BBQ dan peralatan karaoke. Bolehlah anda bersantai merehatkan minda.

Homestay ini berhampiran pasaraya Ino. Jadi jika anda ingin membeli beberapa makanan dan minuman untuk dimakan di homestay ini... anda tidak perlu ke pusat bandar Rengit.

Jika anda berminat untuk menginap di sini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut... bolehlah menghubungi pemilik homestay ini iaitu Puan Jamaliah di talian ( +60 ) 12 - 740 7210.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Homestay Sarang Tempua?...



Kawasan daerah kecil Rengit tidak mempunyai perkhidmatan penginapan hotel bajet apatah lagi perkhidmatan hotel berbintang... namun begitu... terdapat beberapa homestay di kawasan daerah kecil Rengit yang boleh dijadikan tempat penginapan sekiranya anda berhasrat untuk menginap di Rengit.

Antara homestay yang terdapat di Rengit ialah Homestay Sarang Tempua yang terletak di tengah pusat bandar Rengit.

Homestay ini juga mempunyai kafenya sendiri... jadi jika anda mahu makan minum tanpa perlu keluar dari homestay ini... tidak menjadi masalah.

Homestay ini berhampiran pasaraya Eng Hiap Seng dan pasaraya Sakan. Kampung Bumiputera Rengit juga terletak berhampiran dengan homestay ini... jadi jika anda mahu membeli barang-barang secondhand atau bersiar di Kampung Bumiputera Rengit... homestay ini sangat sesuai untuk anda.

Jika anda berminat untuk menginap di sini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut... bolehlah menghubungi pemilik homestay ini iaitu Encik Azam di talian ( +60 ) 12 - 797 0064.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Rekreasi Keluarga Di "Rengit River"...



Di kawasan bandar Rengit... terdapat sebuah sungai yang diberi nama Sungai Rengit tapi bagi segelintir warga bandar Rengit... mereka memanggilnya "Rengit River" kerana tidak mahu berlaku kekeliruan serta pertindihan nama dengan sebuah pekan di selatan daerah Kota Tinggi iaitu pekan Sungai Rengit.

Pada pandangan pengarang blog ini... Rengit River berpotensi dibangunkan untuk menjadi pusat rekreasi keluarga untuk warga daerah kecil Rengit meluangkan masa bersama keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan kekasih hati terutama sekali di waktu dan hari hujung minggu.

Konsep pusat rekreasi keluarga ini boleh diambil sebagai konsep mini Dataran Penggaram yang terletak di bandar Batu Pahat (Penggaram).

Jika perkara ini menjadi nyata... suasana Rengit River pastinya akan mengalami perubahan yang positif dari segi lanskap yang cantik dan meriahnya suasana di sekitaran tersebut dengan kehadiran orang ramai dalam meluangkan masa mereka bersama yang tersayang dan juga kawan-kawan mereka.

Moga perkara ini menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Sekolah Berasrama Di Rengit?...



Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan daerah kecil Rengit sememangnya tidak mempunyai sekolah berasrama apatah lagi sekolah berasrama penuh. Boleh dikatakan hampir semua daerah di seluruh Malaysia mempunyai sekolah berasrama dan sekolah berasrama penuh.

Walaupun Rengit bukan sebuah daerah berstatus daerah penuh tetapi masih terdapat potensi untuk kawasan daerah kecil Rengit mempunyai sekolah berasrama pada pandangan pengarang blog.

Sebagai langkah permulaan... pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia & Kementerian Kerjaraya boleh membina sebuah lagi sekolah menengah baru di kawasan bandar Rengit dan menjadikan serta menaiktaraf SMK Tun Sardon Rengit yang sedia ada ini sebagai sekolah menengah premier dan berasrama.

Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Ayub bin Tuan Haji Jamil yang merupakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Rengit pernah menyuarakan impian dan wawasannya untuk melihat kawasan daerah kecil Rengit ini mempunyai sekolah berasrama suatu hari nanti pada masa akan datang.

Pengarang blog ini menyokong usaha ini dan berharap moga suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...