Showing posts with label Pengangkutan. Show all posts
Showing posts with label Pengangkutan. Show all posts

Tuesday, September 1, 2020

Padang Terbang (Airfield) Atau Lapangan Helikopter (Heliport) Untuk Rengit Di Kampung Seri Merlong?...




Idea untuk padang terbang (airfield) kelihatannya keteraluan untuk sebuah daerah yang terletak di semenanjung Malaysia memandangkan rangkaian jalanraya dan lebuhraya di semenanjung berada dalam keadaan yang memuaskan dan menghubungkan majoriti rakyat di semenanjung.

Akan tetapi... jika dilihat dari segi potensi pelancongan berasaskan suasana desa dan pertanian... perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang.

Tidak mustahil pada suatu hari nanti... terdapat ramai jutawan pertanian yang mempunyai ladang di luar mukim, daerah atau bahkan jua negeri mereka menetap seperti contoh sekiranya jutawan pertanian itu menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai ladang nenas yang luas di Rengit misalnya dan terkejar masa serta mempunyai jet peribadi (private jet) atau helikopter peribadi (private helicopter)... beliau boleh menggunakan jet peribadi (private jet) atau helikopter peribadi (private helicopter) beliau dengan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Padang Terbang/Airfield Rengit. Mungkin jua sekarang ini pun sudah ada ramai jutawan pertanian Malaysia seperti yang pengarang blog ini nyatakan.

Lokasi yang pengarang blog ini cadangkan untuk Padang Terbang (Airfield) Rengit ialah di Kampung Seri Merlong memandangkan banyak tanah yang berpotensi digunakan untuk cadangan tersebut.

Moga suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi sesuatu yang nyata.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Cadangan Terminal Bas Untuk Rengit Di Kampung Seri Merlong?...



Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... terminal bas yang paling hampir dengan bandar Rengit terletak di pekan Benut. Antara syarikat bas yang beroperasi di terminal bas ini ialah Coastal Omnibus Company Sdn Bhd (Coastal) yang antara laluan paling sinonimnya ialah Benut - Rengit - Senggarang - Bandar Batu Pahat (Penggaram).

Walaupun terminal bas ini tidak begitu jauh dari kawasan bandar Rengit... akan tetapi hanya terdapat satu laluan sahaja iaitu Jalan Besar Pekan Benut - Pusat Bandar Batu Pahat (Penggaram).

Pada pandangan pengarang blog ini... cadangan terminal bas untuk daerah kecil Rengit boleh dilaksanakan di Kampung Seri Merlong agar penduduk kampung di Zon Seri Merlong dan Zon Seri Aman boleh menggunakan perkhidmatan bas tersebut untuk ke bandar Rengit melalui Jalan Seri Ladang / Jayadiri. Selain ke bandar Rengit... laluan bas dari terminal bas dicadangkan ini boleh ke Parit Raja (melalui Jalan Rejo Sari, Jalan Parit Botak & Jalan Parit Raja Darat), Simpang Renggam (melalui Jalan Parit Betak & Jalan Besar Simpang Renggam - Benut), Benut (melalui Jalan Parit Betak & Jalan Besar Simpang Renggam - Benut) & bandar Batu Pahat/Penggaram (melalui Jalan Rejo Sari, Jalan Parit Kemang, Jalan Besar Senggarang - Batu Pahat).

Cadangan terminal bas ini dapat merancakkan ekonomi setempat, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan masyarakat desa dan mengurangkan pencemaran asap kerana pada zaman sekarang... masyarakat desa juga sudah mampu memiliki kenderaan seperti kereta dan motorsikal.

Moga perkara ini menjadi sesuatu yang nyata di masa akan datang.

#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...