Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... bandar Batu Pahat (Penggaram) mempunyai 3 buah hospital swasta iaitu Hospital KPJ (Mutiara Gading), Hospital Pantai (Jalan Kluang) & Hospital Putra (Peserai).
Walaupun bandar Rengit tidak segah bandar Batu Pahat (Penggaram) dan daerah kecil ini hanya sekadar daerah kecil pertanian & perladangan kelapa sawit... ditambah pula daerah kecil ini bahkan tiada hospital daerah milik kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sering menjadi tempat untuk golongan rakyat marhean mendapatkan rawatan kesihatan... namun masih terdapat ruang potensi untuk Rengit mempunyai sebuah hospital swasta suatu hari nanti pada masa akan datang.
Ini adalah kerana kesedaran dan kemampuan rakyat Malaysia termasuk di kawasan luar bandar untuk mendapatkan dan memiliki polisi insurans untuk diri mereka, ahli keluarga mereka dan pekerja mereka semakin meningkat.
Oleh kerana bandar Batu Pahat (Penggaram) sudah mempunyai 3 buah hospital swasta... pada pandangan pengarang blog... tidaklah keterlaluan untuk pengarang blog ini nyatakan bahawa terdapat ruang potensi untuk ada sebuah hospital swasta yang akan memberi perkhidmatan kesihatan kepada sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik di kawasan selatan daerah Batu Pahat, utara daerah Pontian dan barat daya daerah Kluang.
Pada pandangan pengarang blog ini... jika ada syarikat hospital swasta yang mahu bertapak di Rengit ini... Pantai Medical Hospital merupakan pilihan yang terbaik untuk bertapak di daerah kecil ini. Lokasi yang paling sesuai jika ada hospital swasta yang mahu bertapak di daerah kecil ini ialah di kawasan Sungai Merlong.
Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.
#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI