Pada pandangan jujur pengarang blog ini... ratio bilangan doktor, jururawat, paramedik, kakitangan perubatan, kakitangan pembantu perubatan, hospital dan klinik awam masih tidak mencukupi untuk mengimbangi perkhidmatan kesihatan dan perubatan terhadap rakyat marhean di negara ini.
Terdapat juga khabar angin menyatakan bahawa pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negara sedang menghadapi isu lambakan graduan perubatan dan kesihatan yang sedikit membimbangkan tetapi pada masa yang sama... mereka (graduan perubatan dan kesihatan) tidak diambil bekerja oleh pihak kerajaan atas faktor mengawal perbelanjaan kerajaan.
Terdapat beberapa daerah di negara ini yang tidak mempunyai hospital daerah dan sekiranya warga daerah itu yang tidak mempunyai hospital daerah di daerah mereka... mereka yang perlu dimasukkan ke dalam wad... hendaklah pergi ke hospital daerah di daerah jiran mereka.
Jika isu kewangan negara tidak menjadi suatu permasalahan... pastinya tiada satu pun daerah di negara ini tercicir untuk adanya hospital daerah dan bahkan mungkin ada beberapa daerah yang mempunyai lebih daripada sebuah hospital daerah atas faktor populasi, ekonomi dan saiz geografi daerah tersebut.
Dan oleh kerana itu... pada pandangan pengarang blog ini... Rengit berpotensi untuk mempunyai hospital daerah sendiri bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada warga Batu Pahat Selatan.
Hospital daerah itu tidaklah perlu sebesar Hospital Sultanah Nora Ismail... cukuplah sekadar hospital daerah minor seperti Hospital Pontian atau Hospital Mersing bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan minor kepada warga selatan Batu Pahat tanpa perlu pergi sedikit jauh ke Hospital Sultanah Nora Ismail.
Dan oleh kerana itu juga... pengarang blog ini berharap suatu hari nanti pada masa akan datang... Klinik Kesihatan (KK) Rengit ini dapat dinaiktaraf ke hospital daerah yang diberi nama Hospital Rengit.
Apa pun... pengarang blog ini faham bahawa dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini... pihak kerajaan juga berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan dari sumber kewangan kerajaan yang agak terhad ini.
Apa pun lagi... pengarang blog ini berharap suatu hari nanti ratio perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam kepada rakyat marhean dapat diseimbangi agar rakyat boleh hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
#SungaiKluang #Rengit #SK #SungaiPunggur #SungaiPunggor #SP #Mukim12SungaiKluang #Mukim11SungaiPunggur #Mukim11SungaiPunggor #DKR #DKrengit #DaerahKecilRengit #BandarRengit #TunSardonJubir #DatoJalal #DatoTaha #DatoZainalAbidin #DatoAyubJamil #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI